Ketahui teknik BERBLOG dengan PENULISAN yang menarik FOLLOWER!



"Anda pemilik blog? Yang rajin berkongsi resipi - tips yang anda ketahui, kisah anak-anak malah cerita teman sepejabat? Tahukah anda, blog anda mampu menarik sejumlah FOLLOWER jika betul tekniknya."

 

 

  Apa yang bakal anda pelajari di Kelas Asas Blog & Penulisan:



=> Menulis cara santai, tetapi masih mengekalkan Bahasa Melayu formal. Tarikan pembaca untuk datang lagi ke blog anda.
=> Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
=> Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
=> Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
=>  Bergabung dengan lebih ramai blogger-lebih 1000 blog dalam ABDR untuk membantu aliran trafik ke blog.
 =>  Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
 =>  Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
 =>Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog. Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas.



Teknik Penulisan 44 Entri

  •  
  1. Mengapa perlu 44 entri pertama? Sebagai latihan menulis harian. Pelajar buat nota catatan untuk mengumpul idea dan zahirkan diblog 
  2. Belajar fahami 2 label untuk tujuan perkongsian.
  3. Bolehkah menulis lima atau 10 entri serentak sehari? Ya, boleh ini mempercepatkan usaha untuk ke fasa seterusnya.
  4. Anda akan menjawab soalan analisa untuk fahami teknik penulisan yang betul.
  5. Ada ke pelajar putus asa, cepat atau lambat?Ya, ada. Ini dilihat berdasarkan apa matlamat mahu sertai kelas ini. Ia flekibel, ada pelajar dalam beberapa minggu sahaja cepat selesai, sebulan dua bulan. Ini berdasarkan fokus dan matlamat pelajar itu sendiri. Pelajar sentiasa diberi peluang untuk bermula semula, dan mengambil semangat pelajar yang laju.


Kejayaan lulusan ABDR


2 pelajar sudah menyelesaikan ebook dengan menggunakan teknik blog ini. 
2 pelajar sudah mempunyai ruangan sendiri di majalah, dijemput sebagai penulis bebas
7 pelajar sudah naik taraf guru online menjana pendapatan aktif dan pasif. 
4 pelajar lagi sedang dilatih sebagai pembantu kelas. Ramai lagi yang sedang berusaha untuk saringan seterusnya. 
Lebih 1000 blog bergabung di akademi bekerja di rumah, menjana aliran trafik untuk ruang iklan sohodirectory

Bagaimana Kelas Beroperasi?


Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Kelas fleksibel. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB.


ABDR di Media

 

Pengasas, Puan Masayu Ahmad di majalah Era Muslimah

Guru Online, Azura Abdullah di majalah MIDI

Penglibatan pasukan Akademi Bekerja di Rumah dengan media merupakan kerjasama menang-menang yang seharusnya berentetan sampai bila-bila. Tambahan pula ia diharapkan memberi impak positif buat pelajar, alumni dan guru-guru untuk terus bergerak ke hadapan dengan promosi daripada pihak media yang tidak pernah jemu memberikan ruang dan peluang kepada ABDR. Biar gambar sahaja yang bercerita ya.

Puan Masayu Ahmad, kolumnis di majalah Mingguan Wanita

Cerpen Cik Sitam Blogger, Karya Intan Haji Daud, alumni ABDR

Ini adalah sebahagian daripada catatan permulaan, semoga ia membakar semangat suri-suri untuk terus melakar kejayaan bersama ABDR dalam bidang masing-masing.



MAHU TAHU LANJUT?

klik Di SINI



TESTIMONI PELAJAR KELAS ASAS BLOG & PENULISAN

Ulasan Protege Kelas Online Asas Blog dan Penulisan: Hasnita Sawal

Guru Online: Netty Ah Hiyer
Protege: Hasnita Sawal


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani,

Inilah blog protege saya, Hasnita Sawal. Sarat dengan informasi keibubapaan yang mengandungi kisah inspirasi.


Tik tok tik tok...cepatnya masa berlalu. Sedar-sedar usia kita semakin bertambah setiap hari. Pernah tak terfikir apa nilai tambah yang kita dah buat setiap hari? Yang pasti kita tak pernah lupa update status di facebook atau berkongsi gambar aksi anak-anak, makanan yang kita makan setiap hari atau lokasi percutian kita. Betul tak?

Kata ustaz saya, kalau status yang kita tulis tu memberi manfaat dan mengajak orang berbuat kebaikan, maka In shaa Allah akan tercatatlah pahala untuk kita. Tapi kalau status yang ditulis itu memaki hamun, mengutuk, mencerca orang lain, hmmmm...bayangkan apa yang akan kita dapat selagi mana status itu dibaca dan dilihat oleh orang lain. 

Menyedari hal tersebut, saya mula terfikir untuk mula berkongsi sedikit pengalaman dan ilmu yang tidak seberapa ini dengan sesiapa sahaja yang sudi membaca. Bukan niat hendak menunjuk tetapi untuk mencari redha Allah SWT selain untuk menambah saham akhirat agar semua yang membaca turut mendapat manfaatnya.

Menulis dan berkongsi apa sahaja yang kita suka tanpa perlu memikirkan formaliti atau terikat dengan gaya bahasa tertentu tentu sahaja dapat dilakukan secara percuma di sebuah blog. Tak perlu keluarkan duit, cukup sekadar mendaftar di blogspot, kita sudah boleh punya catatan online yang boleh dibaca oleh sesiapa sahaja.

Saya mula menulis blog sejak tahun 2010 (blog lama yang saya ubah namanya kini). Tetapi sekejap ada sekejap tiada. Tiada bahan atau hala tuju. Saya sekadar menulis apa yang terlintas di fikiran. Minat menulis di blog kembali bercambah tatkala rakan sepejabat yang juga guru Kelas Asas Blog & Penulisan saya, netty-ahhiyer.blogspot.com 'meracuni' fikiran saya untuk kembali menulis.

Akhirnya dengan izin Allah saya kembali merajinkan diri menulis entri. Kemudian Allah buka pula hati saya untuk mendaftar diri dalam Kelas Asas Blog & Penulisan yang diasaskan oleh sahabat lama Masayu Ahmad. Saya tidak pernah menganggap diri sudah hebat dengan mempunyai pengalaman selama 15 tahun dalam bidang penulisan.

Saya tetap menganggap saya perlu belajar setiap hari. Setiap bidang baru yang kita ceburi memerlukan seorang guru untuk membimbingnya. Tanpa guru  kita tidak tahu hala tuju kita. Ada orang kata, apa perlunya saya join grup kelas penulisan ini. Jawab saya mudah sahaja, saya memang suka belajar benda baru. Semuanya bergantung kepada kita sendiri. Apakah misi kita? Apakah fokus kita? Apakah impian kita di masa depan?

Saya idamkan kerjaya WAHM (Working At Home Mom) seperti mana yang telah dicapai oleh ramai wanita yang menyertai Akademi Bekerja Di Rumah. Oleh kerana saya sedar diri saya bukan seperti orang lain yang boleh bergerak sendiri atau mencapai impiannya secara sendirian, maka saya sertai grup ini untuk mempelajari bagaimana mencapai impian tersebut.

Awalnya saya hairan bagaimana kelas penulisan online ini berlangsung? Saya memberitahu Netty dan Ayu yang saya hanya bersedia untuk memulakan kelas selepas saya membereskan tugas-tugas rumah tangga saya. Saya tidak mahu kelas ini mengganggu tanggunjawab utama saya sebagai isteri dan ibu.

Netty tergelak dan memberitahu yang saya tak perlu risau hal tersebut. Ini kerana kelas ini berlangsung secara maya dalam masa yang fleksibel pada bila-bila masa tanpa perlu mengganggu sesiapa pun, asalkan sahaja ada kemudahan internet, murid boleh bertanya apa sahaja kepada guru bila-bila masa.

Tugasan pertama, menjawab soalan analisa nampak mudah tetapi rupanya ia asas utama paling penting dalam penyediaan diri menjayakan tugasan seterusnya. Alhamdulillah, menerusi analisa soalan tersebut, guru dapat memberi panduan di mana kekuatan diri kita. Secara tidak langsung ia memudahkan kita membuat entri seterusnya mengikut garis panduan yang disediakan. Setiap orang mempunyai keistimewaan masing-masing. Bukan semua orang sama kemampuan dan kemahirannya. Begitu juga kala menulis, biarpun saya dan rakan-rakan penulis yang lain berkerjaya penulis tetapi kekuatan gaya penulisan kami adalah berbeza. 

Mungkin sebelum ini saya menulis perkara yang merapu dan kosong sahaja di blog. Tetapi selepas berguru, saya lebih rasa bertanggungjawab untuk menjadikan cerita biasa saya adalah luar biasa. Semangat tersebut makin bercambah selepas ada rakan yang mengucapkan terima kasih di atas cerita yang saya kongsi. Katanya saya memberi inspirasi kepada dirinya. Saya rasa cerita saya biasa-biasa sahaja, tetapi rupanya  ia sesuatu yang menarik bagi orang lain. 

Saya percaya setiap daripada kita punya cerita luar biasa yang boleh memberi inspirasi kepada orang lain. Daripada kita menulis di facebook sahaja, apa kata kita kongsikan di blog kerana lagi ramai yang boleh membacanya dan In shaa Allah boleh memberi nilai tambah kepada diri kita sendiri.

Tugasan kedua adalah menulis 44 entri. Mengapa 44 entri? Saya pun pelik pada awalnya. Tetapi lama-kelamaan saya akui ia penting sebagai latihan awal supaya kita tidak culas menulis entri. Latihan sebegini amat penting untuk membolehkan kita konsisten menulis berdasarkan label dalam blog. Secara tidak langsung, bila ada entri baru pasti ada pembaca baru. Akhirnya jumlah trafik di blog kita juga bertambah dan saya alami sendiri perkara tersebut.

Alhamdulillah, dengan izinNya saya dapat juga menyiapkan 44 entri dalam masa tiga bulan setelah mengharung pelbagai cabaran dan halangan. Saya sangat mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berminat menulis secara bebas, melahirkan apa jua pendapat dan pandangan atau berkongsi kemahiran dan kebolehan yang dimiliki (bukankah ilmu yang bermanfaat itu seharusnya disebar dan dikongsikan) turut menyertai komuniti Akademi Bekerja Di Rumah ini. 

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menjana RM melalui penulisan di blog. Kata orang kalau nak belajar lebih baik melalui guru, barulah ilmu itu ada hala tujunya. Tak salah belajar walaupun anda sudah tahu kerana ilmu yang dimiliki lebih baik disebar-sebarkan dan dikongsikan. Sesiapa sahaja boleh menyertai komuniti bisnes yang menarik ini. Jangan risau, ia sesuai untuk sesiapa sahaja asalkan ada kemahuan dan keinginan. 

PS: Hasnita Sawal kini bergelar Pembantu Guru Online. Anda juga boleh berjaya seperti dirinya. Jika mahu tahu lebih lanjut berkaitan kelas yang kami tawarkan, boleh hubungi saya, Netty Ah Hiyer mahupun Hasnita Sawal.



Pengalaman Kelas Asas Blog Penulisan

Teks: Hifzaila Hafni

Saya mula mendaftar kelas asas blog penulisan seingat saya Februari 2014. Apa yang mendorong saya mendaftar kelas ini?

Saya mahu menulis secara serius, menulis blog bagi menjana pendapatan sampingan. Bagaimana blogger dapat menjana pendapatan...? Saya tak tahu. Sebab tu saya masuk kelas ni dan belajar sebanyak mana yang boleh. Lagipun, bukan saya tak pernah menulis blog, cuma blog yang ada sekadar di pinggiran saja (untuk suka-suka).

Dah hampir 9 bulan sejak saya mendaftar kelas ini, dan alhamdulillah telah siap semua tugasan. Disebabkan tema hari ini adalah throwback, marilah mengenang kisah silam sekejap ya.

Saya mulanya berniat untuk kembangkan bakat menulis. Saya bukanlah pandai menulis cuma saya suka menulis. Tapi sejak dah beranak kecil ni, saya dah jarang menulis. Maka hilang satu cara saya 'escape' daripada kehidupan saya sehari-hari. Saya juga tak pandai nak membebel (ye ke?) dan salah satu cara saya membebel melalui penulisan. Tapi saya tulis untuk simpanan sendiri dan kongsi dengan kawan-kawan rapat je. Tak ada niat nak jana pendapatan atau berbisnes pun melalui blog. Semata-mata menulis. Cita-cita biasalah nak tulis buku lah, artikel majalah lah...tapi tak tahulah jika masa depan Allah makbulkan cita-cita sekian lama tu.

Bila dalam kelas asas blog ni, kelas online saja. Hanya ikut tugasan yang dah ditetapkan langkah demi langkah. Ikut masa sendiri, masa adalah fleksibel dan jika cepat anda siapkan tugasan, cepatlah habis kelas. Jangan rasa terbeban sangat dengan tugasan-tugasan ni, bukannya cikgu online nak marah pun sebab tak ada had masa nak kena siapkan. Cuma, sayang kalau tak siapkan sebab kita dah bayar. Rugi.

Saya ambil pakej RM200. Saya memang dah niat nak mula kelas ni bila saya dapat bayaran kerja-kerja freelancing saya. Alhamdulillah dengan pelaburan yang dibuat. Saya dapat lebih daripada apa yang saya bayar. Saya bukan setakat belajar menulis blog (bagi yang memang pro, tak mengapalah, tapi saya tidak), saya belajar berbisnes kecil-kecilan dan dropship sebab pakej RM200 ni automatiknya saya jadi Rakan Niaga juga. Iaitu belajar menulis blog dan berbisnes dengan mempromosi produk-produk Akademi Bekerja Di Rumah. Mula-mula memang tak tahu macamana nak buat bisnes ni, tapi bila dah lama-lama, akan terbiasa dan mula faham. Hinggalah saya bina kedai online saya sendiri - Hif Online Store; yang kini produk utamanya adalah pek nasi arab segera jenama Al-Bayt; di samping produk-produk makanan yang lain.

Bermula dengan hanya niat tulis blog dengan serius, melarat ke bisnes dan menambah jaringan kenalan. Juga mengenali orang-orang yang hebat dan usahawan-usahawan yang berjaya. Bergaullah dengan orang yang berjaya supaya kita juga suatu hari nanti akan berjaya seperti mereka. Insya Allah.

Guru online : Zaila Mohamad




Ulasan Kelas Asas Blog Penulisan - Norzalina Hamzah


Guru Online: Aishah Hussein
Protege: Norzalina Hamzah

Subhanallah Alhamdulilllah Allahuakbar

Selesai sudah 44 entri sebagai kejayaan pertama di akademi. Walaupun baru langkah pertama, terasa bangga benar dengan diri sendiri. Rasa macam naik pangkat pula. Rasa bersemangat untuk terus menulis dan melangkah ke peringkat seterusnya. Terima kasih Puan Aishah selaku Guru Online saya. Entri pertama 13 Julai 2014 dan entri ke-44 pada 12 September 2014. Walaupun perlukan 60 hari untuk selesaikan 44 tugasan, namun tetap teruja dan berharap momentum ini akan berterusan.

Kelas asas blog dan penulisan dimulakan dengan penjenamaan dimana nama sendiri digunakan sebagai URL blog dan email. 8 soalan analisis diajukan dan kita perlu menjawabnya. Analisis ini bertujuan mengkaji minat dan kebolehan seseorang peserta untuk digunakan sebagai tajuk utama blog nanti. Di sini pentingnya komunikasi dan diskusi bersama Guru Online bagi mendapatkan keputusan terbaik. Blog yang dihasilkan perlu menepati piawaian yang telah ditetapkan Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR).

Pelabagai tips penulisan diapliksasikan dalam menulis entri. Penggunaan Bahasa Melayu perlulah formal. Penggunaan tatabahasa dan tanda baca yang sesuai ditambah dengan penulisan yang santai menarik pembaca datang ke blog. Selain belajar menulis dengan baik, peserta juga berpeluang belajar membuat blog.

Untuk mengekalkan momentum menulis, beberapa tips dikongsi. Antaranya tulis perkara yang positif. Walaupun perkara yang sedih, tukarkan kepada aura positif. Apabila terfikirkan sebarang idea baru untuk menulis, segera catatkan pada buku nota kecil yang sentiasa dibawa, atau pada telefon bimbit supaya tidak terlupa nanti. Perlu baca banyak buku dan buat rujukan untuk mendapatkan idea-idea baru dan segar. Tulis sahaja apa ada di minda, semak dan terus "publish". Sesekali perlu selitkan cerita untuk menambah seri pada entri-entri diblog.

Sokongan dari Puan Aishah sangat membantu. Berpandukan komen dan maklumbalas beliau, kita akan rasa bersemangat untuk terus menulis dan memastikan kesilapan-kesilapan dalam penulisan tidak dilakukan. Beliau sering kongsikan entri yang ditulis di facebook dan ini banyak membawa trafik ke blog. Apa yang penting perlu fokus kepada tajuk atau niche blog.

Kejayaan pertama sudah di tangan. Langkah seterusnya pula target pendapatan konsisten sehari selama 44 hari seperti saranan Puan Aishah dan Puan Pengasas. Moga mimpi jadi nyata!



Yuran Kelas Asas Blog & Penulisan


RM150 untuk seumur hidup

 

BONUS!

 

Ebook Belajar Asas Blog Bernilai RM50

 




 SYARAT PELAJAR:


1. Setiap blog pelajar perlu menjawab soalan analisa.

2. Selesaikan 44 entri dalam tempoh 2 bulan.

3. Sediakan entri 'ulasan kelas asas blog dan penulisan'

4. Sekiranya pelajar tidak dapat menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan saya tidak bertanggungjawab sekiranya blog pelajar tidak mencapai sasaran yang ditetapkan dalam ABDR.

5. Bagaimanapun mereka masih boleh mengikuti tutorial menerusi 'grup page' yang disediakan.

 

 


MAHU MENDAFTAR? HUBUNGI:

 

GURU ONLINE

NETTY AH HIYER

nettyahhiyer@gmail.com

whatsapp/sms: +6012 6857 824

http://netty-ahhiyer.blogspot.com